Pusat Internet 1Malaysia Felda Medoi telah ditubuhkan pada 9 April 2010 beralamat di bangunan tadika Felda Medoi. Bilangan semasa ahli Pusat Internet 1Malaysia ialah 1371 Orang. Proses membaik pulih telah dijalankan pada Disember 2014 yang mane bangunan asal pusat internet 1Malaysia masih dikekalkan manakala susun atur ruangan dalaman diperkemas sepenuhnya. Kelengkapan dan perkakas baru disediakan untuk kemudahan dan kegunaan para pengguna. Proses membaik pulih ini mengambil masa selama hampir setahun sehingga pusat internet 1Malaysia kembali beroperasi pada 5 oktober 2015. Terdapat banyak perubahan dapat dilihat pada pusat internet 1Malaysia Medoi setelah dibaik pulih. Pengguna yang datang ke pusat internet 1Malaysia Medoi sangat berpuas hati dan berasa selesa dengan perkhidmatan yang disediakan.
Antara peranan utama penubuhan pi1m adalah untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar dari segi tahap kesedaran teknologi dan maklumat. Di pusat internet 1Malaysia, pengguna boleh menggunakan komputer dan melayari internet dengan kadar bayaran yang amat berpatutan. Selain daripada itu, kelas pengajian komputer juga dianjurkan kepada masyarakat setempat tanpa dikenakan sebarang bayaran. Perkhidmatan fotostat, printing, pegimbas (scan), laminate dan binding turut disediakan untuk kemudahan pengguna. Mereka juga boleh membuat pembayaran pelbagai bil di pusat internet 1Malaysia Medoi selain memperbaharui insurans kereta yang telah tamat tempoh.