PROGRAM JIWA MADANI di Felda Medoi, Segamat

Uncategorized | 21 April 2026

Segamat, Johor | 19 April 2026 – Program Jiwa MADANI anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di NADI Felda Medoi menampilkan sesi debat bertemakan “Malaysia Teguh Menghadapi Krisis Tenaga Global: Fakta Yang Rakyat Perlu Tahu”.

YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, turut hadir menyaksikan sesi debat bersama komuniti setempat, diiringi oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Ahli Parlimen Sekijang, serta YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi. Beliau turut berkesempatan berinteraksi secara santai dan bertukar pandangan bersama para peserta, sekali gus menyemarakkan suasana program.

Program ini menjadi platform interaktif yang membuka ruang perbincangan sihat serta memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap isu semasa, selaras dengan aspirasi MADANI.

#NADIMADANI

#NADIMCMC