| Tarikh | : | 17 November 2024 |
| Masa | : | 8.00 pagi – 10.00 pagi |
| Tempat | : | SMA Al-Khairiah |
TAKLIMAT KESELAMATAN BULI SIBER (NADI SAFE & SHIELD)
Pada 17 November 2024, NADI FELDA MEDOI bersama NADI Taman Yayasan, NADI Pemanis, dan NADI Paya Jakas telah menganjurkan Taklimat Keselamatan Buli Siber di SMA Al-Khairiah Segamat bermula jam 8:30 pagi.
Program ini dihadiri oleh pelajar SMA Al-Khairiah Segamat dengan matlamat utama untuk:
Memberikan kesedaran tentang bahaya buli siber dan langkah pencegahannya.
Mendidik pelajar mengenai keselamatan digital serta penggunaan teknologi yang bertanggungjawab.
Menggalakkan pelajar menjadi pengguna teknologi yang beretika dan bijak.