mcmc
Maklumat Komuniti

GANGGUAN BEKALAN AIR

Semenjak minggu lepas lagi sebahagian kawasan Felda Medoi telah mengalami gangguan bekalan air. Gangguan bekalan air ini bermula Khamis, 19 September sehingga ke hari ini. 

 

Gangguan bekalan air ini telah melibatkan kawasan-kawasan tinggi. Kawasan yang paling teruk mengalami gangguan bekalan air adalah di Blok 14 dan 15. Rata-rata penduduk di kawasan blok tersebut memberitahu bahawa gangguan ini telah menggangu urusan harian mereka. 

 

Penduduk juga memberitahu bahawa mereka sudah memaklumkan kepada pihak SAJ (Syarikat Air Johor) berkenaan isu ini. Pihak mengesahkan bahawa mereka sedia maklum dan punca utama berlakunya ketiadaan air adalah kerana Loji di Kampung Tengah 2, Segamat mengalami kerosakkan. 

 

SAJ sendiri telah mengambili inisiatif untuk menghantar lori air untuk membekalkan air dari rumah ke rumah kepada penduduk. Pihak bertanggungjawab juga tekah menjalankan kerja-kerja membaik pulih namun masih belum diketahui waktu tepat untuk paras air menjadi stabil. 

 

Akibat kejadian ini juga, kira kira lebih 30 buah rumah terjejas. Selain di kawasan blok 14 dan 15 terdapat juga rumah di blok 1 dan beberap blok lain di kawasan tinggi terputus bekalan air. 

 

Penduduk yang terlibat diminta peka dengan kehadiran lori air dan bersabar sehingga keadaan paras air stabil sepenuhnya. Sehingga ke hari ini 23 September bekalan air masih terputus dan m enurut pihak SAJ sendiri masih belum dapat dipastikan bila bekalan air akan akan pulih sepenuhnya.