COVID-19 : #DUDUKRUMAH #KITAJAGAKITA

Maklumat Komuniti | 19 March 2020

Penularan wabak #COVID19 semakin membimbangkan di seluruh dunia menyebabkan phk berkuasa mengambil beberapa tindakan untuk mbendung pertambahan kes.

Sementara itu di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia berkuat kuasa 18.3.2020 sehingga *31.3.2020.

Ini adalah langkah untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID19 dan untuk mengelakkan gelombang yang lebih besar dari berlaku.

Namun jika ada golongan yg bersikap acuh tak acuh dan tidak kisah seperti ini tidak mustahil Malaysia bakal berhadapan situasi sukar yang tidak dapat dibayangkan.

Oleh itu, tolonglah beri kerjasama dengan mematuhi dan ambil serius dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ambil iktibar dengan apa yang sudah berlaku kepada negara lain.

“Duduk rumah dan jangan keluar”.

#COVID19 #coronavirus #KitaJagaKita kredit to #ArtortoiseMY